Coach Nizam – dari dunia bola sepak kini perunding motivasi

by | Dec 7, 2022 | Articles & Interviews | 0 comments

Mohamad Nizam bin Hj Abdul Samar Zammi bermula sebagai seorang jurujual jalanan apabila tamat persekolahan kerana tidak mampu melanjutkan pelajaran atas foktor kewangan keluarga. Pun begitu, dia memperolehi banyak pengalaman sepanjang bergelar ‘street seller’ ini. Antaranya adalah peristiwa di mana bajunya pernah dilontar kuah kari oleh pelanggan yang tidak berpuas hati.

Atas sebab kerajinan mempelajari seni jualan, dia sentiasa meraih hadiah sebagai ‘top sales’ setiap minggu. Jawatan sebagai ‘group sales manager’ adalah jawatan terakhir yang disandangnya di syarikat tersebut.

Lebih yang dikenali sebagai Coach Nizam, pengamal NLP dan perunding motivasi di Malaysia ini dilahirkan di Hospital Besar Kuala Lumpur pada Februari 1973. Jika dahulunya bergerak sebagai anak seni dan bekas pemain bola sepak profesional, kini dia telah berkecimpung dalam dunia latihan dan motivasi.

Pakar dengan modul pembentukan diri dan pasukan ini adalah seorang yang cintakan ilmu, pendidik, jurulatih dan pakar motivasi. Pengalaman lebih dari 23 tahun yang dimiliki Coach Nizam dalam Pengurusan Sumber Manusia juga mengangkat kerjayanya di tahap berbeza.

Anak seni ini telah banyak meraih anugerah dan kejayaan dalam setiap organisasi yang diceburinya. Kejayaan terbesar Coach NLP bertauliah ini adalah dengan membantu sebuah syarikat penerbitan meraih pendapatan berjumlah jutaan ringgit setahun dengan membentuk pasukan yang mantap melalui modul Pembentukan Diri dan Pasukan.

Pengasas kepada ‘Seminar Self & Business Mastery’ ini turut menjalankan bengkel-bengkel seperti ‘group coaching’ serta jemputan sebagai jurulatih serta memberi ceramah motivasi untuk agensi-agensi kerajaan, syarikat-syarikat korporat, organisasi NGO dan guru-guru di Malaysia.

Kepakaran Coach Nizam adalah membantu individu-individu seperti golongan profesional, kakitangan syarikat, usahawan-usahawan dan guru-guru untuk mengembangkan potensi diri dan kerjaya serta meningkatkan kemahiran komunikasi dengan cara yang amat mudah, pantas dan berkesan. Kini, ratusan program serta bengkel telah berjaya dikendalikannya sejak tahun 2012.

Usai dirinya yang mempunyai kemahiran komunikasi juga sering menerima jemputan sebagai panel dan juga tetamu jemputan dalam beberapa siri program rancangan televisyen, universiti dan media digital seperti RTM, radio IKIM, KLFM, UKM dan MGtv.

Beberapa pentauliahan yang diterima Coach Nizam ialah Certified Trainer by HRDF/PSMB – TTT23231, Certified NLP Practitioner dan Certified International NLP Coach dari NFNLP Florida, AS serta Certified Multitasking & Professional Presenter CMPP.

“Saya pernah menerima anugerah sebagai The Most Successful People in Malaysia oleh Britishpedia, sebuah ensiklopedia berkaitan kejayaan individu di Malaysia pada tahun 2021. Selain dari itu, saya juga adalah pemenang anugerah Top Asia Pasific Sales Award dan Champion Group Sales Award pada tahun 2016 bagi sebuah syarikat penerbitan.

“Dari segi kerjaya pula, saya pernah memegang jawatan tinggi dalam beberapa buah syarikat. Antara jawatan yang pernah disandang ialah ‘Chief Marketing Officer’ (Permodalan Guru Malaysia Berhad), ‘Chief Operation Officer’ (Trademold Resources Berhad) dan ‘Chief Executive Officer’ (Gofocus International Sdn Bhd),” katanya.

Kini, Coach Nizam adalah ‘Chief Operating Officer’ di sebuah resort yang terkenal di negeri Selangor iaitu Semenyih Eco Venture Resort & Recreation di mana dia juga bertindak sebagai Ketua Pengarah Latihan dan Pembangunan di sana.

– EDUCATION+TVET ASIA

CALENDAR

September 2024
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

LATEST POST

ADVERTISEMENT