Dolled House Cosmetology School tegaskan industri bisnes kecantikan perlu dapat kelayakan yang betul dan diiktiraf

by | Dec 1, 2022 | Articles & Interviews | 0 comments

Baru-baru ini, akademi Dolled House Cosmetology School dinobatkan sebagai ‘Best TVET Training Provider (Aesthetic Treatment Training)’ pada majlis Malaysia Education & TVET Awards 2022. Anugerah telah disampaikan oleh Pengarah Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional, Kementerian Pendidikan, Hajah Zanariah binti Haji Ahmad.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nor Ashima Abdullah memaklumkan betapa dirinya memandang serius tentang kelayakan para usahawan kecantikan sebelum membuka perniagaan kecantikan sendiri.

Jelasnya yang lebih mesra disapa sebagai Shima, kelayakan yang betul dan diiktiraf (accredited) sangat penting dalam industri perniagaan kecantikan kerana terlalu banyak spa kecantikan mahupun ‘beauty center’ yang tidak mempunyai kelayakan mengajar yang sah kini menawarkan ‘unqualified short course’. Hasilnya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) banyak menyerbu pusat-pusat tidak bertauliah ini.

Meskipun dibuka sewaktu pandemik menjengah pada tahun 2019, Dolled House Cosmetology School tetap giat aktif beroperasi sehingga menerima pelbagai anugerah dari luar negara, antaranya dari United Kingdom (UK). Mewakili Malaysia sebagai satu-satunya ‘Beauty School’ yang diiktiraf oleh Beauty Industry Appoval terletak di UK, Shima komited mahu terus meraih pelbagai pengiktirafan untuk DHCS (Dolled House Cosmetology School).

Dolled House Cosmetology School menawarkan pelbagai kursus kecantikan seperti ‘Chemical Peel Mastery’, ‘Microneedling’, ‘Level 2 Facial Skincare’ dan lain-lain lagi. Untuk sebarang maklumat lanjut,  boleh ikuti kemas kini DHCS di laman Instagram @dolledhousebeautyschool.

Dolled House Cosmetology School juga mengutamakan golongan wanita yang mahu mengusahakan perniagaan berasaskan kecantikan di samping mendapat kelayakan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Sepanjang DHCS dibuka, seramai lebih 90 graduan sudah berjaya menamatkan pengajian dan membuka pusat kecantikan sendiri.

Telah melakar pelbagai pencapaian membanggakan meski belum cecah 30 tahun, selain dalam senarai sebagai salah seorang ‘Successful People in Malaysia’ ensiklopedia edisi Disember 2023, Shima juga merupakan graduan dari United Kingdom dan mempunyai kelayakan khas sebagai ‘Beauty Educator, level 3 award in Education & Training’.

“Sepanjang bergelar usahawan, saya sangat berterima kasih pada Amber Chia, pengasas Amber Chia Academy yang juga supermodel atas segala dorongan tunjuk ajar dan sokongan sejak hari pertama kolaborasi Beauty Event pada Ogos 2020. Amber Chia seorang yang sangat merendah diri dan kawan yang baik.

Tambah Shima, hasrat ingin membuka sekolah kecantikan memang menjadi azamnya sejak di zaman bangku sekolah.

“Saya suka dengan ilmu kerana saya percaya dengan ilmu manusia mampu mengubah dunia. Cuma, terpulang pada diri seseorang untuk memanfaatkan ilmu tersebut dengan baik ataupun buruk.

“Kepada yang telah lama mengenali saya, mereka tahu yang saya tidak suka fokus pada sindiran atau cacian negatif.

“I want to improve and help more women to pursue their dreams in beauty industry treatments with the right qualification and skills so that they can build their own beauty business empire with high quality and well established,” kata Shima mengakhiri perbualan dengan penuh semangat.

– EDUCATION+TVET ASIA

CALENDAR

September 2024
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

LATEST POST

ADVERTISEMENT